ya ALLAH rahmatilah kami di dunia dan akhirat Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 12, 2011

tips utk b2b :)

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Tuesday, April 12, 2011 at 3:20am
1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri2 semoga ada manafaatnya.

Nasihat Untuk Wanita

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Tuesday, April 12, 2011 at 3:05am
1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan
2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan

Panggilan Suami Isteri

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Tuesday, April 12, 2011 at 3:27am
Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan ‘abang, honey, darling, sayang,’ Suami pula memanggil isteri dengan panggilan ‘honey, darling, sayang,’ atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A’ishah dengan ‘Humairaa’ yang boleh diertikan ‘si merah jambu’. Elakkan panggilan ‘ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy’ dan seumpamanya. Elakkan ‘maknya, mama’ dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak, bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan ‘darling’ dan ‘sayang’ di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan ’pinggan dibaling senduk melayang’

p.s: copy dr fb..click kat nm pak ngah utk tgk fb dia eh ;)

.. cheQmOomOo ..

5 comments:

ardinihumaira said...

InsyaAllah sama2lah kita amalkan :)

amal salleh said...

insyALLAH :)

malynd_anggun said...

mari amalkan nye wahai b2b..
insyaAllah..

amal salleh said...

insyALLAH tp sumer pun bley.. ;)

OmmaHussein said...

wa...thanx for sharing..mari kita amalkan.. =)