skip to main |
skip to sidebar
Kisah Duit Syiling dan Batu
TAZKIRAH - Kisah Duit Syiling dan Batu...!!!!!
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed.
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik
membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling
itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.
Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg
berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi
duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan
menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki
itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya
daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba
memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu
tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan
tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan
harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.
Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu
masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan
serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu
dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki
itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke
atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri
perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,
kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa
sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau
kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan
‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke
atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita
acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati
pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah
ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan,
keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa
kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan
bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
SUNGGUH TERKESAN DIHATI...
No comments:
Post a Comment